Tuesday, September 2, 2014

Cerita Kehidupan 2

Terpanggil nak berkongsi cerita bila terbaca satu kisah yang dipost kawan kat FB pagi ni.

Kisah kat FB tu, pasal seorang penjual komputer bercerita pengalaman dia menjual laptop. Lebih kurang beginilah...

Satu hari dia didatangi seorang pakcik. Adat si penjual bertegur sapa dengan pelanggan (pakcik). Dia tanya pakcik tu, "nak beli laptop untuk anak ke?" "Ya, untuk anak". Lepas dia dengar penjelasan sipenjual, dia berjanji akan datang balik dengan alasan hari ni dia bawa duit tak cukup. Beberapa hari kemudian, pakcik tu datang balik. Dengan confident dia tunjuk laptop tu pada anaknya. Si anak pula macam tak puas hati. "Laptop tu murah sangat, boleh tahan ke?" Si anak nak yang lain. Berubah air muka si bapa. Si penjual perasan riak muka si ayah. "Laptop ni ada warranty setahun, mana-mana laptop pun semua ada warranty. Kalau rosak, boleh hantar kat service center." Si anak pun terdiam dan terpaksa terima je bila dia dah takde alasan nak dapatkan yang lagi mahal. Bila bayaran dibuat, si penjual sangat sedih. Duit bayaran tu semua duit kecil campuran duit RM5 dan RM 1, cuma ada sekeping je note 50. Sempat si penjual terpandang ke dompet si ayah masa buat bayaran, kosong-sekosongnya dompet si ayah lepas buat bayaran. Ya allah! Mengalir air mata rasanya...

Pengalaman ami dulu tak jauh dari cerita di atas. Masa tu kedai ami joint "PC Fair". Biasanya bila PC Fair harga akan murah berbanding harga biasa dan datang dengan bermacam-macam free gift. Satu masa, datang seorang budak lelaki dan emaknya. Si anak seboleh-bolehnya nak beli laptop yang paling mahal yang ada kat display. Bila ami lihat si emak, gaya dan umur lebih kurang sama dengan Wan (mak ami). Kesian, berusaha pujuk anaknya beli apa yang termampu. Tapi anaknya berkeras. Dekat display, ada la kami letakkan bagpack untuk laptop dengan macam-macam harga. Dari harga berpuluh sampai yang beratus. Si anak sebolehnya nakkan bag yang berharga lebih 300. Masa ni si emak dah mula berpeluh. Kesian sungguh ami tengok si emak. Demi menjaga hati anak, emak bagi alasan nak pergi cucuk duit. Kebetulan ami terpaksa naik ke tingkat atas (kedai kat tingkat atas) ambil barang. Ami terserempak dengan si emak disebalik tiang, si emak tengah terduduk atas lantai dengan muka yang sangat menyentuh hati, riak muka yang sangat sunggul. Ya allah! Kalau la yang kat depan tadi tu, adik ami, mau rasanya ami lempang budak tu laju-laju. Sampai je ami balik ke kaunter, ami buat tak tau je pasal bagpack tu. Bila si anak remind nak kan bag tu, ami cakap bag tu untuk display aje. Bukan untuk dijual sebab bag tu ada bahagian dah koyak dan zip rosak. Dah takde stok lain. Bulan depan baru sampai. Ami suggest dia datang bulan depan. Dalam hati, ami rasa nak tumbuk budak tu. Persetanlah pasal untung masa tu. Ko tak tengok ke macam mana muka mak kau! Sambil menggigil ami tulis resit dan bagi barang-barang yang dia beli. Bila si emak dan anak dah berlalu, partner ami sound ami, kenapa tipu pasal bagpack tu. Ami cerita kat dia apa ami nampak. Mengalir air mata. Terdiam la partner ami tu. Ada juga belas kesian dia pada si emak.

Macam-macam pengalaman hidup masa ami berkedai dulu. Ada yang baik, ada yang buruk. Paling ami tak boleh lupa, sorang regular customer yang selalu datang lepas kat kedai bila dia lapang. Kali terakhir dia datang, nak claim warranty untuk laptop yang dia beli dari kedai lain. Ami tak kisah sangat la. Lagipun dia regular customer. Malu rasanya nak berkira sangat. Seminggu berlalu dan laptop dia dah balik dari service center. Ami cuba contact dia, asyik tak berjawab aje. Berlarutan sampai sebulan. Satu malam yang hening, masa tu ami dah nak tutup kedai, shuttle kedai pun dah tutup separuh, masuk seorang lelaki. Dia bawa slip customer tinggal laptop kat kedai. Berderau darah ami! Budak ni nak curi laptop customer tu ke? Ami tanya lelaki tu, masa pegi owner laptop ni? Dah sebulan lebih saya cuba contact dia, nak bagi tau laptop dia dah siap. Lelaki tu buka cerita "Dia abang saya. Sebenarnya dah sebulan dia meninggal. Accident motor. Berkecai daging dia atas jalan." Masa ni bergenang air mata si adik. Ami plak terus beku dan terpaku. Tak tau mcm mana nak react masa ni. Rasa nak menangis. Air mata macam tersekat. Al-Fatihah!....


No comments:

Post a Comment