Wednesday, August 27, 2014

Drama Hidup

Hidup ni memang drama. Dalam banyak-banyak drama, kita tertarik dengan drama tv sebab drama tv selalunya berakhir dengan gembira. Itu drama khayalan. Drama kehidupan ada yang berakhir dengan gembira dan ada yang berakhir tanpa jangkaan. Bagi drama yang berakhir dengan gembira, tak banyak la yang boleh diulas, tapi drama yang berakhir luar jangkaan ni sangatlah subjektif. 

Drama kehidupan yang berakhir diluar jangkaan selalunya berakhir dengan air mata. Air mata yang menuntut kesabaran manusia. Bagi mereka yang diuji dengan drama air mata ni, selalunya perasaan dukacita tu dirasakan bagai tak tertanggung. Tapi percayalah, Allah takkan menguji umatnya diluar jangkauan. Allah sesungguhnya Maha Adil. Itu yang selalu ami katakan pada diri sendiri setiap kali diuji dengan drama air mata. 

Cakap pasal drama, terdetik rasa nak berkongsi pasal kita, WANITA. Wanita mampu menggoncang dunia! Kemain lagi statement tu kan. Jangan ingat wanita tu lemah, dia tak mampu buat dunia berperang? Hehehe

Wanita dilahirkan dengan gambaran yang lemah lembut kalau nak dibandingkan dengan lelaki. (Tapi zaman la ni dah tak berapa nak lembut sgt :p) Dalam lembut-lembut perempuan terlindung sifat-sifat negatif yang kadangkala diluar jangkaan. Nak pula bila keadaan membuat seorang perempuan itu tertindas.Lambat atau cepat perempuan itu akan memberontak. Itu nature!

Kemain intro, sampai 3 perenggan.

Ami skip cerita sebenar la ye.

Kesimpulannya di sini, kebanyakkan perempuan diluar sana mampu menggongcang apa sahaja termasuk rumah tangga orang. Cuma, pakai otak untuk jadi perempuan bijaksana. Untuk mencapai objektif hidup, nak jadi perempuan paling bagus didunia ni sekali pun, tak payah la menindas perempuan lain yang tak pernah mengacau hidup kau sekalipun. Jaga rumahtangga sendiri lagi bagus sebelum tangga kau sendiri bergoyang! Wallahualam!

No comments:

Post a Comment