Musim raya 2014 ni terlalu banyak transformasi berlaku dalam hidup. Tak sempat nak menjengah blog pun.
Untuk kali pertama tahun ni ami beraya dirumah 'Mak Mertua' (tahun lepas belum ada mak mertua). Pagi raya sibuk dengan persiapan juadah selepas sembahyang raya. Menu rumah Mak Mertua tahun ni, Laksa Johor (Bapa mertua orang Johor). Ada cerita disebalik menu Laksa Johor ni. Sebelum bulan puasa bermula, Ami ada minta mak mertua ajar macam mana nak buat laksa Johor.Ingatkan nak buat makan untuk berbuka puasa. Remeh sungguh cara nak buat Laksa Johor ni, nampak gayanya terpaksa patuh dengan kehendak perut yang gilakan laksa utara. Hehe
Gambar Pinjam
Beraya tahun ni agak menggentarkan sebenarnya. Beraya dengan keluarga barulah katakan. Paling epik, terpaksa menyorok dalam bilik nak bermaafan dengan en. roomate. Tapi mak buat-buat bertabah dan telan air mata sendiri. Yang bergenang air mata sudahnya en. roomate. Phewwww! Mak sedih nok!
Tahun ni raya dalam keadaan tak prepare. Duit raya huru-hara. Maklumlah, bertambah ahli untuk dikasi duit raya. Tak sempat tukar duit pula tu. Malu seungguh rasaya.
Antara benda yang sama dengan keluarga lain, kami bergambar keluarga. Pelik sungguh ami dan en.roomate lansung tak sehati bila bergambar. Dia ok, ami tak ready, ntah apa-apa la jadinya...
Layankan je la... First time raya bersama. Tahun lepas raya kami tengok-menengok each other dari jauh je. Tu pun terserempak kat open house. Hahahaha.. Tak sangka jeling-jeling tahun lepas tahun ni, kena minta ampun maaf dengan en.roomate.. :p
No comments:
Post a Comment