Agak lama tak mengupdate di sini.
Banyak sangat yang mengganggu otak! Sebelum terlupa nak letak guideline apa nak citer.. kang citer satu, yang lain dah terlupa.. ahahahaha (mak dah tue!! :P)
1) Citer Office
2) Citer GG
Macam lebih kurang je guideline tu kan..
Citer Office
Macam mana nak mula ni yea.. Zaman bujang dulu (ceh! macam over pula asyik nak bgtau skrg dah kahwin), Ami rapat dengan budak-budak office tak kira lelaki ke perempuan. Ke mana aje kami sesama. Tapi sejak akhir-akhir ni, dah lain. Ami faham kalau yang lelaki tu dah macam ada skit gap, maklumlah status ami sekarang dah tak macam dulu dan ami perlu jaga batas-batas pergaulan. Tapi tak la sampai tahap selisih dalam office pun tak bertegur. Buat macam tak kenal dan yang paling menyedihkan, kita bercakap pun sampai tak tengok muka dan jawab pun mcm tak sudi. Paling ami sedih, bila ami tertangkap, diorang pergi lunch kat luar senyap-senyap. Bukanlah ami sangap sangat nak keluar dengan diorang. Hari diorang keluar tu pun ami sebenarnya bercadang tak nak lunch sebab makan berat masa sarapan. Tapi bila kawan yang kita anggap rapat, sampai hati pinggirkan kita sampai tahap macam tu, sangatlah rasa berkecil hati. Sampai stage, petang tu ami lapar, ami buat maggi cup, sambil makan, air mata menitik-nitik dalam cup maggi, tapi ami gagahkan juga makan sebab perut second hand ami ni senang sangat kena gastrik kalau makan tak kena masa. Sedih sangat masa tu. Terbayang-bayang zaman staff kat office ni cuma berapa kerat, kami semua tak berkira kudrat, masa dan wang ringgit tolong menolong sama lain. Bukan mengungkit, tapi sedih dah sampai tahap tu hadap bersama-sama dek kerana status ami dah berubah boleh buat macam stranger.
Rupanya kesedihan ami terkesan kat mata en. roomate. Memang payah la bila dia bertanya. Belum start bercerita ami dah siap keluar dengan hujan lebat ribut petir. (Mak memang mudah mengalir air mata bila dengan en. roomate ni). En roomate cakap suruh lupakan. Sekarang ni tumpukan pada kerja je. Jangan sakitkan hati sendiri. Entah la.. Sedihnya masih terasa dan malam tu ami tido bertemankan air mata.
Cerita GG
GG si kucing perasan ni makin menjadi-jadi manjanya. Tunjuk perasaan bila kami dah tido. Sepahkan rumah walaupun dia tahu dia akan kena denda setiap kali dia sepahkan rumah. Bising kalau tak dilayan. Mengamuk bila kena tinggal. Macam-macam kerenah yang memeningkan sejak akhir-akhir ni. Mak complaint GG dah kurus. Terasa ami! Macam tak endahkan GG pula. Sedih lagi! Bila kena marah kemain lagi kononnya pergi menyorok, tapi menyorok ekor lupa pula nak sorok sekali. Macam la orang tak nampak kat mana dia menyorok. Adoi la GG!


No comments:
Post a Comment