Alhamdulillah..
Raya Aidil Adha berlalu sudah.. Ami balik beraya kat rumah wan dgn GG dan Daddy. Daddy upset betul bila ami tak nak balik kampung naik motor. Habis tu, nanti GG macam mana? Kesian manja ami.. Daddy nak tinggalkan GG kat Ampang tapi tok kat sana busy. Sapa nak jaga GG.. Sudahnya balik juga naik kereta.. Hehehe
Balik rumah wan dah semestinya benda best yang GG suka. GG bebas merayau sana-sini. Pegi mana dia nak.. Penat merayau baru balik rumah. Busuk la manja ami ni.. Badan kotor ntah celah hutan mana dia dah redah. Tapi yang penting GG happy!
Wan mesti seronok raya Haji kali ni. Semua anak menantu ada. Korban seekor kerbau kami satu family aje. Keduri untuk aqiqah 3 sepupu walaupun tak ramai orang tapi cukup meriah untuk kami sekeluarga. Bakar daging, goreng paru, sup tulang, rendang pedas, rendang hitam, semuanya kami makan tanpa henti. Alhamdullillah.. Gembira keluarga kecil kami.
Cerita tak best, daddy balik Damansara senyap-senyap hari ahad. Hantar kereta dan bawak balik motor kat rumah Wan. Tak puas hati juga tu. Nak juga balik naik motor. Geram betul ami. Memang jam teruk malam isnin. Kami yang naik motor pun 2 jam belum sampai damansara. Terpaksa redha tak berapa nak boleh menyelit sebab kereta banyak sangat. Sampai emergency lane pun kereta masuk. Bila tak muat, motor-motor terpaksa berhenti ikut kereta yang tak sabar tu. Sepanjang jalan atas motor, ami tak henti baca ayat kursi, mohon perlindungan DIA. Ami sebenarnya penakut dan gayat. Bila rasa tak confident nak tengok (bila daddy bawa laju sangat) ami pejam mata! Tak termimpi ami sebenarnya nak carikan GG daddy yang suka bawa motor besar ni (macam cari ikan ka pasar pula bunyinya). Cakap pasal motor, ami suka bila daddy pasang kotak kat tepi. Sebabnya? Daddy tak boleh nak mencelah sesuka hati. Google punya google ami terbekenan pula kat design motor ni. Model sama tapi daddy punya plain hitam.
Kalau hitam orange macam ni, mesti lagi lawo.. Match pula dengan box kat tepi tu.. Eceh!

No comments:
Post a Comment