Saturday, August 30, 2014

Merdeka 2014

Menghitung hari untuk menyambut merdeka. Eh! Yeke? Yang betulnya seronok dah ada weekend 3 hari.. Hehehe

Plan asal cuti 3 hari nak berjalan ke kluang tapi nampaknya plan cancel. Tapi ami takde la frust sangat sebabnya dah lama sangat tak manjakan rumah. Rumah dah macam stor buruk. Bersepah sana sini. Masa cepat sangat berlalu. Weekdays ami terlalu penat dengan kerja. Kerja minggu ni menuntut banyak berfikir. Otak terlalu penat. Asalkan keluar dari office je, ami start menguap. Kalau en. Roomate ambil naik motor, bertahan la sikit mata tu, kalau naik kereta memanjang je tertido. Padahal jarak rumah dengan office, kurang dari 10 minit (kalau tak jam naik kereta la).

Berbalik pada plan nak ke Kluang, adik ami yang kat Perlis tu ambil makcik kat Kuala Kangsar, pastu ambik wan kemudian singgah kl untuk gerak sama dgn ami dan en roomate. Tapi plan bertukar last minute. Sempat juga diorang singgah petang semalam nak bersolat. Lepaskan lelah dah buat lawatan kat Ikea, kami decide untuk dinner bersama.


Thursday, August 28, 2014

Raya 2014

Bulan syawal dah berlalu baru la ami sibuk nak bercerita pasal raya kan... Memang ketinggalan..

Musim raya 2014 ni terlalu banyak transformasi berlaku dalam hidup. Tak sempat nak menjengah blog pun.

Untuk kali pertama tahun ni ami beraya dirumah 'Mak Mertua' (tahun lepas belum ada mak mertua). Pagi raya sibuk dengan persiapan juadah selepas sembahyang raya. Menu rumah Mak Mertua tahun ni, Laksa Johor (Bapa mertua orang Johor). Ada cerita disebalik menu Laksa Johor ni. Sebelum bulan puasa bermula, Ami ada minta mak mertua ajar macam mana nak buat laksa Johor.Ingatkan nak buat makan untuk berbuka puasa. Remeh sungguh cara nak buat Laksa Johor ni, nampak gayanya terpaksa patuh dengan kehendak perut yang gilakan laksa utara. Hehe

Gambar Pinjam

Beraya tahun ni agak menggentarkan sebenarnya. Beraya dengan keluarga barulah katakan. Paling epik, terpaksa menyorok dalam bilik nak bermaafan dengan en. roomate. Tapi mak buat-buat bertabah dan telan air mata sendiri. Yang bergenang air mata sudahnya en. roomate. Phewwww! Mak sedih nok!

Tahun ni raya dalam keadaan tak prepare. Duit raya huru-hara. Maklumlah, bertambah ahli untuk dikasi duit raya. Tak sempat tukar duit pula tu. Malu seungguh rasaya.

Antara benda yang sama dengan keluarga lain, kami bergambar keluarga. Pelik sungguh ami dan en.roomate lansung tak sehati bila bergambar. Dia ok, ami tak ready, ntah apa-apa la jadinya...

Layankan je la... First time raya bersama. Tahun lepas raya kami tengok-menengok each other dari jauh je. Tu pun terserempak kat open house. Hahahaha.. Tak sangka jeling-jeling tahun lepas tahun ni, kena minta ampun maaf dengan en.roomate.. :p




Wednesday, August 27, 2014

Drama Hidup

Hidup ni memang drama. Dalam banyak-banyak drama, kita tertarik dengan drama tv sebab drama tv selalunya berakhir dengan gembira. Itu drama khayalan. Drama kehidupan ada yang berakhir dengan gembira dan ada yang berakhir tanpa jangkaan. Bagi drama yang berakhir dengan gembira, tak banyak la yang boleh diulas, tapi drama yang berakhir luar jangkaan ni sangatlah subjektif. 

Drama kehidupan yang berakhir diluar jangkaan selalunya berakhir dengan air mata. Air mata yang menuntut kesabaran manusia. Bagi mereka yang diuji dengan drama air mata ni, selalunya perasaan dukacita tu dirasakan bagai tak tertanggung. Tapi percayalah, Allah takkan menguji umatnya diluar jangkauan. Allah sesungguhnya Maha Adil. Itu yang selalu ami katakan pada diri sendiri setiap kali diuji dengan drama air mata. 

Cakap pasal drama, terdetik rasa nak berkongsi pasal kita, WANITA. Wanita mampu menggoncang dunia! Kemain lagi statement tu kan. Jangan ingat wanita tu lemah, dia tak mampu buat dunia berperang? Hehehe

Wanita dilahirkan dengan gambaran yang lemah lembut kalau nak dibandingkan dengan lelaki. (Tapi zaman la ni dah tak berapa nak lembut sgt :p) Dalam lembut-lembut perempuan terlindung sifat-sifat negatif yang kadangkala diluar jangkaan. Nak pula bila keadaan membuat seorang perempuan itu tertindas.Lambat atau cepat perempuan itu akan memberontak. Itu nature!

Kemain intro, sampai 3 perenggan.

Ami skip cerita sebenar la ye.

Kesimpulannya di sini, kebanyakkan perempuan diluar sana mampu menggongcang apa sahaja termasuk rumah tangga orang. Cuma, pakai otak untuk jadi perempuan bijaksana. Untuk mencapai objektif hidup, nak jadi perempuan paling bagus didunia ni sekali pun, tak payah la menindas perempuan lain yang tak pernah mengacau hidup kau sekalipun. Jaga rumahtangga sendiri lagi bagus sebelum tangga kau sendiri bergoyang! Wallahualam!

Friday, August 22, 2014

Berkabung

Rata-rata hari ini, orang berkabung menghormati jenazah-jenazah korban MH17. Ami hampir terlupa. Hampir nak iron tudung kaler purple pagi ni. Ternampak kat astro tarikh hari ni 22/8/2014 terus teringat pasal berkabung. Simpan balik tudung purple, ganti dengan tudung hitam putih petak-petak. Masa kat rumah tak rasa sangat lagi. Sambil iron baju, bersembang dengan En. Roomate.

Ami : Hari ni 22hb, satu Malaysia berkabung, hormat pada mangsa-mangsa MH17
Roomate : Oh! Ye ke? Bendera separuh tiang ke hari ni?
Ami : Yea! Jabatan Perdana Menteri umumkan bendera separuh tiang.
Roomate : Habis, kita macam mana?
Ami : Kita pakai la baju hitam. Nanti I iron shirt hitam utk u!
Roomate : Bukan tu la. Kalau bendera separuh tiang, kita kena separuh tiang juga la. Pakai seluar pendek ke..
Ami : Huh?? Takkan I nak pegi keje, pakai tudung dengan seluar pendek pula!
Roomate : Bukan.... Kalau u dah pakai baju, tak payah pakai seluar. Kalau pakai seluar tak payah pakai baju..
Ami : ??????????????

Adui la! Penat otak! Pepagi dia kenakan ami! sengal!

Sampai office, tengok facebook segala post pasal MH17, hati makin sayu. Tambah pula tertengok gambar-gambar mangsa Gaza, hati ni macam luruh. Sedihnya rasa..

Ish! banyak lagi nak tulis ni, tapi dah hilang kata-kata. Air mata dah tak tertanggung. Al-Fatihah!


Monday, August 11, 2014

Azam Baru

Demi kebaikan semua pihak, Ami terpaksa revert semua post kepada draft. Rasa sayu nak tekan button tadi, tapi Ami dan GG dah pun mula dengan kehidupan baru. Orang kata, barang yang lama jangan dikenang, jadi hidup mesti diteruskan tak kira apa pun yang jadi.

Yang manis semuanya tak patut dikenang demi kepentingan sejagat. Insyaallah.. Tuhan Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmahnya dan semestinya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya. (macam khutbah jumaat pula bunyinya)

Ami akan berusaha menjadi yang terbaik untuk semua. GG sayang, ahmi minta maaf sebab kehidupan ami sekarang buat GG selalu kena tinggal tapi GG tetap baby Ami sampai bila-bila.. Ami sayang GG!