Monday, January 26, 2015



Dah banyak kali cubaan update blog menemui kegagalan.

Hari ni terfikir nak bercerita pasal apa yang terjadi beberapa minggu lepas. Kita bermula dengan pembukaan cerita.

Hidup tak selalunya di atas. Statement yang semua orang biasa dengar. Macam aku, 2014 belalu dengan banyak benda yang aku lansung tak jangka. Kalau ikutkan awal kemuculan 2014, aku berkira-kira nak menambah income. Aku sampai ada plan nak masuk design school sementelah aku memang ada minat nak menjahit. Aku nak settle segala hutang-piutang lapok. Pastu aku nak pergi holiday jauh-lama.

Awal tahun bermula dengan agenda menghakis duit. Aku kena pindah rumah. Tuan rumah aku nak jual rumah. Dia bukan paksa aku keluar rumah secepat mungkin tapi dia merunsingkan aku. Dia dah deal dengan agent tapi waktu agent nak bawa bakal pembeli tu sangat mengganggu rutin hidup aku. Aku cuba berkerja sama tapi penyudahnya aku sakit hati. Tuan rumah akan warn aku 3 hari sebelum dia nak datang tapi end up dia tak datang pastu paksa aku tunggu kat rumah keesokkan harinya sedangkan aku dah susun jadual hidup aku dengan agenda lain. Penyudahnya aku nekad pindah keluar walaupun tuan rumah tak setuju. Aku penat!!

Pindah rumah baru. Aku tak sangka bila pindah rumah baru adalah hint yang hidup aku berubah 360 degree. Kita cerita hal ni lain kali.

Lepas pindah rumah baru aku terjumpa kawan sekelas masa aku sekolah menengah. Aku namakan dia Bedah. Tak cukup berchat dengan Bedah kat FB kami bertukar nombor telefon. Bila dah tukar nombor telefon, conversation menjadi semakin hangat. Bedah buka cerita yang dia berkawan dengan abang senior masa kami kat kolej. Aku namakan dia Abang Bidi. Setahu aku, Abang Bidi dah kahwin. (Abang Bidi pun ada dalam FB Friend List aku). Aku agak terkejut disitu. Setahu aku, Bedah yang aku kenal, sangat tegas orangnya. Masa kat kolej, aku ni agak tak terkawal, selalu juga la aku bergaduh dengan Bedah. Bedah tegur aku tapi aku tak boleh terima. Tapi lepas tu kami berbaik balik sebab kami dah macam adik beradik masa tu.

Bedah macam 'in love' sangat dengan Abang Bidi. Sesungguhnya aku tak setuju. Aku suruh dia fikir banyak kali. Tapi dia macam dah berkeras dan confident sangat yang Abang Bidi jodohnya. Nak jadi cerita Abang Bidi duduk kat KL dan Bedah duduk kat area kampung aku. Bedah teringin nak keluar dating dengan Abang Bidi. Dia nak ambil cuti, tumpang tidur rumah aku dan nak keluar dengan Abang Bidi. Aku tetapkan syarat, aku tak kisah dia nak datang tidur rumah aku tapi Abang Bidi boleh ambil dia kat bawah. Abang Bidi tak dibenarkan tahu aku duduk tingkat berapa dan aku tak mahu jumpa Abang Bidi. Bedah setuju walaupun macam kecil hati dengan syarat aku.

Masa ni aku single lagi. Jadi bukan masalah besar untuk aku kalau Bedah nak datang sekalipun. Tak lama lepas tu, aku jumpa dengan suami aku dalam masa 2 minggu lepas tu aku dah busy menguruskan hal nikah kahwin dan aku terus tak bercontact dengan Bedah. Sebelum aku bertunang aku contact Bedah, jemput dia ke majlis bertunang. Dia terkejut (semua orang terkejut aku bertunang dan kahwin sebab semuanya berlaku dalam tempoh 2 bulan). Bedah macam sedih time ni. Dia cakap dia nak tukar phone number. Dia cuma bagi tau aku dia tengah frust. Dia tak dapat datang masa aku bertunang tapi dia berjanji nak datang masa majlis nikah. Biasa la. Mana-mana bakal pengantin akan jadi excited bercerita pasal majlis kahwin. Bedah tak berapa nak layan sangat aku bercerita. Asyik mengeluh bila dia nak dapat jodoh. Aku rasa pelik. Sebab Bedah yang aku kenal beragama. Bagi aku, basic agama sendiri dah terang lagi bersuluh. Benda-benda macam ni, ketentuan DIA. Dia mengeluh sampai aku rasa nak marah. Dah macam orang tak percaya qada dan qadar. Tapi aku layankan. Aku kesian. Aku pun pernah ada kat keadaan tu.Tiba hari nikah, tak nampak lansung batang hidung Bedah.

Lebih kurang 2 minggu lepas aku hantar message kat Bedah. Tanya khabar. Tanya kenapa lama membisu. Dia bagi tau yang dia busy, baru lepas kahwin. Aku saje mengusik, tak jemput aku pun. Dia mula bercerita. Lepas putus cinta dengan Abang Bidi, dia frust menonggeng. Tak lama lepas tu dia berkawan baik dengan officemate dia. Terus kahwin. Aku tak kecil hati pun dia tak ajak. Aku rasa happy untuk kawan aku tu. Dia baru je kahwin 2 minggu masa aku contact dia. Cuma kali ni dia macam lupa masa susah, masa sedih. Dia terlalu taksub dengan suami dia. Dia dok mention cinta sejati dan sebangainya. Aku bukan dengki tapi sekali lagi aku pelik. Bedah memang dah berubah. Bedah tak lagi Bedah yang aku kenal. Bedah yang sederhana dari semua segi, paling penting Bedah yang sentiasa kuat pegangan agamanya. Aku cuba menasihat sebab aku kesian kat Bedah. Aku ingatkan dia yang langit tak selalu cerah, tiba hari mendung kita kena bersedia. Jangan kerana kita berharap setiap hari langit cerah, tiba hari mendung kita terduduk. Sebab kita tak bersedia. Sebab kita terlalu taksub dengan adanya matahari. Kalau DIA nak tarik matahari, tak terdaya kita nanti. Tapi nampaknya Bedah tak faham. Lepas conversation tu, Bedah tak habis-habis hantar gambar dia dan suaminya. Dia menggambarkan betapa bahagianya dia dah CINTA SEJATInya itu. Aku doakan yang terbaik untukmu sahabat. Semoga allah lindungi jodoh kita ke akhir hayat. Amin.