Wednesday, November 26, 2014

Pakaian

Dah banyak draft tapi gagal menyudahkannya. Sejak 2-3 hari ni terpanggil sangat nak menulis pasal satu subject ni. Pasal pakaian artis yang memanjang je kena hentam dek peminat-peminat fanatik.

Dengan keadaan aku sekarang tak dinafikan aku pun rasa menyampah. Dengan kesedaran yang semakin berputik mesra dalam diri, aku menyesal aku juga pernah berpakaian begitu. Jenuh aku muhasabah diri. Apa ada dalam kepala otak aku masa tu. Sanggup berpakaian yang sememangnya menjolok mata orang yang memandang. Suka jadi perhatiankah? Suka orang memerhati segala aset yang aku ada? Apa faedahnya? Yang aku nampak faedahnya adalah dosa yang aku tanggung dan moga allah mengampunkan aku yang kurang "berotak" masa tu.

Ada peminat fanatik yang komen berunsur nasihat. Terpulanglah pada artis terbabit nak terima macam mana. Sekurang-kurangnya, sebab dia sayang artis tu dia nasihat cara baik. Tak kurang juga yang mengeji sampai merendah-rendahkan maruah orang tu dengan cara provoke lucah. Bila rasa marah, artis pun mengelabah. Kesian juga aku tengok.

Sebenarnya aku dah jauh menyimpang dari idea asal nak menaip tadi. Hahahaha..

Hidup masing-masing.. Kubur masing-masing. Wallahualam.

Friday, November 14, 2014

Low Self Esteem

Penyakit yang kebanyakkan orang ada tanpa disedari. Dalam kes aku, aku memang sedar aku ada sindrom ni sejak sekian lama. *Sigh*

Antara perkara-perkara yang menyebabkan aku tergolong dalam kumpulan Low Self Esteem:-
  1. Cantik - Aku rasa aku jauh sekali dari "cantik". Muka yang bulat. Jerawat yang tak pernah putus hasil dari penyakit resdung yang aku almost give up nak cari penawar.
  2. Gemuk - Untuk ketinggian aku, 152cm dan berat yang mencecah 60kg adalah kelihatan buntal. Tak cukup muka aku yang chubby, badan pula mengembang dibahagian-bahagian utama wanita seperti perut, pinggang, bontot. Paling kritikal mesti perut. 

Itu antara perkara-perkara yang buat aku selalu rasa aku tak layak untuk blend the crowd.

Ada masanya aku persetankan semua tu dan buat apa aku nak. Benda ni mempengaruhi aku sampai kadang-kadang aku rasa takde orang nak kat aku (masa ni belum kahwin lagi). Bila aku ada boifren pun aku tertanya-tanya, apa sebenarnya yang boifren aku pandang kat aku sampai dia 'fall in love' dengan aku sebab aku rasa macam tak layak.

Bila aku dah kahwin pun, aku tertanya benda yang sama pada suami aku. Sampai satu stage, aku rasa suami aku perasan masalah aku ni. Suami aku cakap, apa pentingnya muka cantik, tapi bertepung sekilo. Dia lagi suka muka aku tak de make-up. Dan hasilnya sekarang dia tak berapa suka aku make-up (habisla investment aku kat barang-barang Urban Decay favourite aku). Suami aku kata dia lagi suka muka pucat aku sebab muka tu dia akan tengok sepanjang hidup dia. Ada satu masa suami aku cakap (aku rasa dia dah runsing bila aku merungut aku tak cantik macam orang lain), dia sayang kat aku bukan sebab cantik luaran tapi cantik dalaman yang aku sendiri tak nampak. Tapi tahap confident aku masih tak berganjak sebab aku rasa dia cakap macam tu demi menyedapkan hati aku sebab buat macam mana pun aku dah jadi isteri dia. Mesti suami aku geram kalau dia tahu yang statement dia masih tak meyakinkan aku.

2-3 hari ni tahap confident aku menurun sebab aku terjumpa gambar ex-gf suami aku. Mula la aku compare diri aku dan perempuan tu yang aku rasa macam langit dan bumi. Dah tentu la aku letak diri aku kat tempat yang worse. Dah kenapa dengan aku ni????

Mungkin tuhan bagi aku macam ni sebab dia nak aku sentiasa bersyukur. Ya Allah, ampunkan aku.. Aku tak patut berfikiran negatif macam ni! Astagfirullahal'azim!

Monday, November 10, 2014

November Datang Lagi

Alhamdulillah.. Masa menjalani kehidupan macam biasa.. Topik kali ini, November datang lagi. Sekejap je rasanya 2014 berlalu. Bertambah lagi setahun umur, bertambah pengalaman hidup tapi adakah pengalaman hidup itu memberi manafaat atau sekadar berlalu mengisi kekosongan hidup itu sendiri. Cewah! Kemain intro!

Stress pula pasal facebook. Dalam masa 3 bulan ni, dah 3 kali delete dan buat semua account FB. Puncanya sebab tak nak kehidupan silam menghantui kehidupan baru. Kalau boleh semua yang tak patut kenang nak delete dalam otak ni. Tak bermaksud nak jadi kacang lupakan kulit tapi.. Biarlah yang lalu itu berlalu... Semalam baca berita kat FB, pastu tunjuk kat En. Roomate. Dia boleh browse terus FB account pastu add family dan sedara mara dia. Dang!!! Habis la privacy! Tak bley la nak meroyan mengarut kat FB! stressnya!!! Hahhaaha... Ingatkan sorang dua je dia add.. habis kaum kerabat dia add.. Adui!

Weekend dah tiga minggu busy dengan macam-macam aktiviti. Teringinnya la nak bangun lambat pastu lepas lunch tido balik... Dan segala macam aktiviti malas yang biasa dibuat zaman belum ada roomate. Nampak gayanya memang tak de chance le nak memalas. Nak date dengan kawan-kawan pun asyik tertunda je.

Alamak! Tetiba rasa weak! Dah datang balik penyakit low sugar ni! Got to go!!!