Monday, November 10, 2014

November Datang Lagi

Alhamdulillah.. Masa menjalani kehidupan macam biasa.. Topik kali ini, November datang lagi. Sekejap je rasanya 2014 berlalu. Bertambah lagi setahun umur, bertambah pengalaman hidup tapi adakah pengalaman hidup itu memberi manafaat atau sekadar berlalu mengisi kekosongan hidup itu sendiri. Cewah! Kemain intro!

Stress pula pasal facebook. Dalam masa 3 bulan ni, dah 3 kali delete dan buat semua account FB. Puncanya sebab tak nak kehidupan silam menghantui kehidupan baru. Kalau boleh semua yang tak patut kenang nak delete dalam otak ni. Tak bermaksud nak jadi kacang lupakan kulit tapi.. Biarlah yang lalu itu berlalu... Semalam baca berita kat FB, pastu tunjuk kat En. Roomate. Dia boleh browse terus FB account pastu add family dan sedara mara dia. Dang!!! Habis la privacy! Tak bley la nak meroyan mengarut kat FB! stressnya!!! Hahhaaha... Ingatkan sorang dua je dia add.. habis kaum kerabat dia add.. Adui!

Weekend dah tiga minggu busy dengan macam-macam aktiviti. Teringinnya la nak bangun lambat pastu lepas lunch tido balik... Dan segala macam aktiviti malas yang biasa dibuat zaman belum ada roomate. Nampak gayanya memang tak de chance le nak memalas. Nak date dengan kawan-kawan pun asyik tertunda je.

Alamak! Tetiba rasa weak! Dah datang balik penyakit low sugar ni! Got to go!!!

No comments:

Post a Comment